ABOUT US
Tentang Bumbu Agency.
Kami bantu pemilik bisnes yang perlukan masa dan sokongan untuk mengurus pemasaran digital.
Pemasaran yang sesuai dengan cara bisnes anda beroperasi.
Bumbu Agency Sdn Bhd beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Kami membantu pemilik bisnes yang sibuk mengurus operasi harian atau belum biasa menjalankan iklan sendiri.
Kami mulakan dengan memahami tawaran, pelanggan dan bajet anda. Daripada situ, kami cadangkan sama ada anda perlukan kempen iklan, website, kempen WhatsApp atau gabungan beberapa servis.
Sebelum bermula, kami jelaskan skop kerja dan apa yang diperlukan daripada anda supaya kedua-dua pihak tahu langkah seterusnya.
LANGKAH PERTAMA
Cerita tentang bisnes anda.
Kongsi apa yang anda jual dan apa yang anda mahu capai. Kami boleh bincang langkah yang sesuai.